mcmc
Sejarah

Sejarah

 

 

KAMPUNG LINGGA

Daerah Kecil Lingga yang terletak di Bahagian Sri Aman, mempunyai keluasan 365 batu persegi dan boleh dihubungi melalui jalan darat.Dalam daerah kecil ini terdapat sebuah pekan kecil yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk sekitarnya iaitu Pekan Lingga yang terletak sejauh 50 kilometer dari bandar Sri Aman bersamaan selama kira-kira 50minit perjalanan menggunakan jalan raya.

Selain itu, kawasan ini juga boleh dihubungi melalui jalan air dengan menggunakan bot iaitu dari Lingga ke Ulu/Banting dan Engkeranji. Pekan Lingga yang terletak di pinggir Batang Lupar merupakan sebuah pekan nelayan yang terkenal dengan spesis ikan bermutu tinggi yang sering menjadi sebutan orang luar iaitu ‘Terubok Lingga’. Di sini, ikan terubok dijual dengan harga di antara RM18 hingga RM24 sekilogram.

Menurut Pegawai Tadbir Sarawak bagi Daerah Kecil Lingga iaitu En. Mohammad Firdauz Abdillah, dahulunya penduduk Lingga terkenal dengan taat setianya semasa pemerintahan Raja Brooke seperti Abang Husin b. Abang Hassan sehingga diberi gelaran ‘Lela Pahlawan’. Gelaran itu kekal sehingga sebuah sekolah rendah di Lingga dinamakan sempena nama ‘Lela Pahlawan’.