Q1 2023 KISAH KEJAYAAN : USAHAWAN KATERING
|
Nama |
Puan Fatimah Mohideen Bt Hj Abd Azeez |
|
Umur |
63 Tahun |
|
Kategori Perniagaan |
Perkhidmatan & Katering |
- Latar Belakang Usahawan :
-
Puan Fatimah atau lebih dikenali Zareena berasal dari Kampung Hulu Lemanak , Sri Aman Sarawak.
-
Seorang Isteri juga Ibu kepada 7 anak beliau.
-
Mempunyai Kemahiran dan Pengalaman Memasak sejak 2005
-
Beliau juga seorang penjawat awam dalam sektor kerajaan , kini beliau bergelar persara kerajaan
- Sebelum Penglibatan PEDi / Penggunaan ICT :
-
Beliau mula berniaga sampingan pada tahun 2008 semasa beliau masih bertugas sebagai penjawat awam.
-
Beliau mendapat pemilikan gerai di Open Air MDSA
-
pada tahun 2008 sehingga 2017 sepanjang tempoh itu beliau mengendali gerainya dari mengambil perkerja sehinggalah pengurusan kos harian gerainya.
-
Operasi gerainya bermula seawal 7:30 pagi sehingga 5:00 petang.
-
Beliau mengambil peluang memasak setiap hujung minggu.
- Selepas Penglibatan PEDi / Penggunaan ICT :
-
Pada tahun 2019, beliau bersara dari penjawat awam.
-
Beliau mendapatkan lessen perniagaan untuk menjalankan perniagaan katering dan tempahan makanan untuk pejabat pejabat persekutuan melalui sistem e-perolehan.
-
Pada tahun 2020 beliau awal nya memasarkan peniagaan nya menggunakan platform “facebook page”. Beliau masih lagi baru dalam platform tersebut.
-
Pada 2023 beliau mendaftar sebagai ahli PEDi Lingga dan mendapat tunjuk ajar dari petugas serta menghadiri kursus-kursus asas peniagaan seperti Asas Pembinaan Laman-Web, Kursus Pengendalian Makanan, Webinar Pembiayaan Perniagaan melalui penglibatan bersama PEDi.
-
Beliau berjaya mewujudkan platform website Zareena Azeez Catering yang kini boleh dicari pada “Google maps”.
-
Beliau mendapat tempahan yang lebih memberangsangkan berbanding sebelum ini.