Daerah Lingga merupakan sebahagian Daerah Kecil di Dalam Bahagian Sri Aman, Daerah Lingga mempunyai keluasan 365 Batu persegi serta mempunyai akses jalan raya dua-hala.
Jarak Daerah Lingga terletak 50 minit perjalanan sepanjang 45 KM dari Bandar Sri Aman. Selain Kemudahan akses jalan raya ,Daerah Kecil Lingga boleh diakses melalui jalan perairan sungai dengan menggunakan bot.
Negeri : Sarawak
Daerah / Bahagian : Sri Aman
Mukim/ Daerah : Lingga
Parlimen : P.201 Batang Lupar
Dun : N.28 Lingga
Jenis Kampung : Kampung Tradisi
Kampung Rangkaian : Kampung Hilir / Kampung Masjid / Kampung Tengah / Kampung Siantan
/ Kampung Hulu/ Kampung Hulu Baru Lingga
Pengurusan Kampung oleh : Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Aktiviti Ekonomi
Majoriti penduduk di Daerah Kecil Lingga mengamalkan kegiatan pertanian sebagai sumber pendapatan utama mereka. Seramai 53% daripada mereka menanam padi, 37% menanam dan menjual lada, 10% menangkap ikan dan ada juga segelintir kecil yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, menjadi peniaga runcit, menjual getah, damar, rotan dan sebagainya untuk pendapatan tambahan.
Kemudahan asas
Bekalan elektrik juga telah diwujudkan di daerah kecil ini yang mana sehingga hari ini kira-kira 312 buah rumah termasuk rumah panjang telah menikmati bekalan elektrik, sementara yang lain masih menggunakan set generator.Sebanyak 300 buah rumah dan rumah panjang juga telah disediakan dengan bekalan air paip yang telah dirawat bagi kemudahan penduduk.Seperti juga kawasan yang lain, infrastruktur telekomunikasi turut disediakan di sini yang mana setakat ini telah memberi kemudahan kepada 169 pemilik persendirian dan agensi kerajaan.
Tarikan Untuk Pengunjung
Daerah Kecil Lingga terkenal dengan mitos Gunung Lesong di Ulu Lingga yang mempunyai ketinggian kira-kira 3,000 kaki. Salah satu daripadanya ialah kepercayaan penduduk bahawa jika seseorang berdoa di puncaknya, doanya akan menjadi realiti. Misalnya, sembuh daripada penyakit.Penduduk sekitar juga mempercayai bahawa Gunung Lesong mempunyai ‘penjaga’ sehingga ke hari ini. Di Pekan Lingga, pengunjung juga boleh memerhatikan keunikan sebuah tiang bendera yang diperbuat daripada kayu belian setinggi 100 kaki. Tiang ini telah dihasilkan oleh penduduk tempatan semasa pemerintahan Raja Brooke.
Statistik Daerah Kecil Lingga
1.Keluasan 365 batu persegi
2.Bilangan Penduduk 4,580 orang
3.Komposisi Penduduk Iban (60%), Melayu (30%), Cina (7%), lain-lain (3%)
4.Bilangan Kampung 3 kampung Melayu (352 buah rumah) dan 45 rumah panjang (680 pintu)
5.Aktiviti ekonomi 53% menanam kelapa sawit, 37% menanam dan menjual padi,10% nelayan
6.Kemudahan asas Elektrik (312 rumah dan rumah panjang), air paip (352 rumah dan rumah panjang),telefon(handphone)(890 pemilik persendirian dan agensi kerajaan)dan 5 buah sekolah rendah
Agensi Kerajaan
Klinik Kesihatan, Balai Polis, POS Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) , Pusat Aktiviti Warga Emas(PAWE).
Pengangkutan Utama
Jalan darat (bas, van dan kereta) dan sungai (bot)
MAKLUMAT AHLI PARLIMEN
| Maklumat Ahli Parlimen |
YB Tuan Mohamad Sahafizan Haji Kepli
P.201 Batang Lupar
sumber : www.parlimen.gov.my
|
| Maklumat Ahli Dewan Undangan Negeri |
![]() YB Puan Dayang Noorazah Bte Awang Sohor
N.28 Lingga
sumber : duns.sarawak.gov.my
|
Penolong Pegawai Tadbir Daerah Kecil Lingga
(En Mohammad Firdauz Bin Abdillah)
Penghulu Kampung Lingga
( Wan Amit Bin Wan Kamil)

