Lingga merupakan sebuah kawasan perkampungan yang terkenal dengan dua produk makanan mereka iaitu Ikan Terubok Lingga dan Udang Galah Sepit Biru.
Ikan Terubok Lingga
Ikan terubok merupakan produk makanan yang sudah tidak asing lagi di Negeri Sarawak. Ikan Terubok Lingga adalah antara yang terbaik kerana kepadatan isinya selain rasanya yang enak. Ikan terubok dijadikan makanan wajib bagi meraikan para tetamu yang berkunjung ke daerah ini. Ikan ini boleh di masak dalam pelbagai cara,antara yang paling popular adalah dengan membakar,mengukus dan di buat ikan masin.


Udang Galah Sepit Biru
Udang Galah Sepit Biru merupakan spesies udang yang boleh di dapati di Sungai Batang Lupar. Kebiasaannya harga untuk sekilo udang galah ini boleh mencecah RM 50 dan ke atas. Di Lingga,udang spesies ini menjadi menu makanan utama masyarakat sekitarnya. Rasa udang yang enak ini menjadikannya salah satu menu wajib bagi meraikan tetamu-tetamu kenamaan yang datang berkunjung di Lingga.


