mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah kejayaan Usahawan Q1 2024 : Suriwati Binti Roslie

Q1 2024 KISAH KEJAYAAN : USAHAWAN MAKANAN

Nama

Puan Suriwati Binti Roslie

Umur

48 Tahun

Kategori Perniagaan

Tempahan Makanan 

  1. Latar Belakang Usahawan :
  • Puan Suriwati adalah salah seorang usahawan yang aktif di Lingga.

  • Beliau merupakan seorang surirumah dan ibu kepada 7 orang cahaya mata.

  • Beliau berkecimpung dalam sektor makanan sejak hampir 10 tahun

  • Kini beliau telah mengembangkan perniagaannya kepada penyediaan perkhidmatan katering kepada pejabat-pejabat kerajaan yang ada di Lingga dan kepada orang-orang kampung yang mengadakan majlis-majlis tertentu.

  • Produk makanan beliau juga semakin bertambah seperti cucur udang, cucur ikan, kacang pedas manis, makanan berasaskan kentang dan banyak lagi.

  1. Sebelum Penglibatan PEDi / Penggunaan ICT :
  • Sebelum bergiat secara aktif dalam perniagaan, Puan Suriwati berniaga hanya dari perkarangan rumah dan secara langsung kepada orang kampung. Sekitar tahun 2015, beliau mengambil keputusan untuk mendaftarkan perniagaan beliau agar tiada isu yang timbul di kemudian hari. Beliau juga belum mahir dan terdedah kepada medium dan platform atas talian.

  • Namun, beliau sering merebut peluang yang disediakan untuk menambaik baik dan meningkatkan prestasi perniagaannya. Antara peluang yang beliau nampak ketika itu adalah, manfaat yang ada di kampung iaitu kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Lingga.Beliau antara ahli yang sering menyertai program dan aktiviti di NADI.

  1. Selepas Penglibatan PEDi / Penggunaan ICT :
  • Setelah mengikuti beberapa aktiviti dan program di (NADI), Puan Suriwati mengambil satu langkah ke hadapan iaitu untuk melebarkan jaringan pemasaran dan promosi perniagaan beliau.

  • Beliau meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas NADI untuk membimbing beliau mengaplikasikan ICT dan kemudahan internet dalam perniagaannya. Sejak dari itu, beliau mula mempromosikan jualan di platform atas talian seperti Whatsapp dan Facebook.

  • Beliau turut menggunakan perkhidmatan yang ada di NADI seperti fotostat, mencetak, komputer dan kemudahan internet. Beliau juga sering datang ke NADI untuk mengisi borang-borang bantuan, borang lesen perniagaan dan borang pinjaman perniagaan dengan bantuan petugas.

  • Selain itu, Puan Suriwati telah menyertai Kursus Latihan Pengendali Makanan yang diadakan di NADI untuk kepentingan perniagaan berasaskan makanan yang beliau jalankan.

 

Apa yang  Beliau pelajari melalui NADI:

  • Menyertai aktiviti dan program keusahawanan yang diadakan di NADI. 
  • Mendapatkan bimbingan daripada petugas NADI dalam urusan pengisian borang-borang bantuan, pinjaman dan perlesenan perniagaan.
  • Mempelajari cara menggunakan platform atas talian untuk mempromosi perniagaan/jualan.
  • Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
  • Bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas NADI membantu beliau mengurus dan menyelesaikan dokumen pinjaman, bantuan dan perlesenan perniagaan.
  • Latihan, aktiviti dan program keusahawanan juga membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan berkenaan perniagaan.
  • Bimbingan yang diberikan oleh petugas memudahkan beliau untuk mempelajari dan mengaplikasikan kemudahan ICT/media sosial untuk perniagaan beliau.

 

Gambar Disini