DILEA: WEBINAR BERKALA SAINS EDISI 4
| TARIKH: 20 JUN 2026 MASA: 02:30 PM – 04:30 PM TEMPAT: NADI LINGGA PESERTA: 8 ORANG |
TUJUAN:
- Meningkatkan pemahaman peserta terhadap subjek Sains, khususnya topik yang dipelajari mengikut silibus sekolah.
- Membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan (UASA/SPM) dengan lebih berkesan melalui penerangan dan bimbingan daripada guru atau fasilitator yang berpengalaman.
- Meningkatkan keyakinan dan prestasi akademik pelajar dengan memberikan tips, strategi pembelajaran dan latihan yang sesuai.
- Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat secara dalam talian melalui inisiatif DILEA (Digital Learning), sekali gus memanfaatkan kemudahan yang disediakan di NADI.
AKTIVITI:
- Pendaftaran dan kehadiran peserta di NADI Lingga.
- Peserta mengikuti webinar secara langsung melalui platform LMS DILEA yang dipancarkan di bilik latihan NADI.
- Sesi pengajaran subjek Sains yang dikendalikan oleh guru atau fasilitator berpengalaman, merangkumi penerangan topik-topik penting mengikut silibus.
- Perkongsian teknik menjawab soalan peperiksaan, termasuk strategi memperoleh markah yang lebih baik dalam UASA atau SPM.
- Perbincangan dan soal jawab antara peserta dengan tenaga pengajar bagi menjelaskan topik yang kurang difahami.
- Pemantauan dan bimbingan oleh petugas NADI sepanjang sesi bagi memastikan peserta dapat mengikuti webinar dengan lancar.