| TARIKH: 12 JANUARI 2026 – 31 JANUARI 2026 MASA: 9:30 AM – 11:00 AM / 3:00 PM – 4:30 PM TEMPAT: NADI LINGGA PESERTA: 10 PESERTA |
TUJUAN:
- Memberi latihan kemahiran praktikal dalam bidang seperti masakan, jahitan, fotografi, baiki gajet serta pertanian pintar.
- Meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan peserta dengan kemahiran yang diguna pakai dalam industri atau sebagai perniagaan kecil.
- Memperkasakan komuniti, terutama golongan belia atau dewasa, melalui pembelajaran yang mudah diakses dan percuma.
- Meningkatkan kebolehpasaran peserta, supaya mereka lebih bersedia untuk menyertai pasaran kerja atau memulakan kerjaya dalam bidang yang diminati.
AKTIVITI:
Kelas Mahir Masak
- Demonstrasi cara menyediakan resepi tertentu seperti Pizza dan Cookies.
- Peserta belajar langkah demi langkah penyediaan makanan.
- Perkongsian tips sanitasi, keselamatan dapur dan teknik penyediaan bahan.
Kelas Mahir Foto
- Latihan asas suntingan gambar menggunakan aplikasi tertentu .
- Peserta belajar teknik mengambil atau menyunting gambar untuk hasil lebih menarik.
- Peserta belajar menggunakan lensa berdasarkan gambar-gambar tertentu.
Kelas Mahir Jahit
- Peserta diajar teknik asas menjahit dan penggunaan mesin jahit.
- Aktiviti termasuk draf pola, memotong fabrik dan menjahit hasil pensil box.
- Peserta diajar cara mengambil ukuran badan untuk menghasilkan pakaian.