mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2023 Kisah Kejayaan Usahawan 2023

Q1 2023 KISAH KEJAYAAN : USAHAWAN KATERING

Nama

Puan Fatimah Mohideen Bt Hj Abd Azeez

Umur

63 Tahun

Kategori Perniagaan

Perkhidmatan & Katering

  1. Latar Belakang Usahawan :
  • Puan Fatimah atau lebih dikenali Zareena berasal dari Kampung Hulu Lemanak , Sri Aman Sarawak.

  • Seorang Isteri juga Ibu kepada 7 anak beliau.

  • Mempunyai Kemahiran dan Pengalaman Memasak sejak 2005

  • Beliau juga seorang penjawat awam dalam sektor kerajaan , kini beliau bergelar persara kerajaan

 

  1. Sebelum Penglibatan PEDi / Penggunaan ICT :
  • Beliau mula berniaga sampingan pada tahun 2008 semasa beliau masih bertugas sebagai penjawat awam.

  • Beliau mendapat pemilikan gerai di Open Air MDSA

  • pada tahun 2008 sehingga 2017 sepanjang tempoh itu beliau mengendali gerainya dari mengambil perkerja sehinggalah pengurusan kos harian gerainya.

  • Operasi gerainya bermula seawal 7:30 pagi sehingga 5:00 petang.

  • Beliau mengambil peluang memasak setiap hujung minggu.

 

  1. Selepas Penglibatan PEDi / Penggunaan ICT :
  • Pada tahun 2019, beliau bersara dari penjawat awam.

  • Beliau mendapatkan lessen perniagaan untuk menjalankan perniagaan katering dan tempahan makanan untuk pejabat pejabat persekutuan melalui sistem e-perolehan.

  • Pada tahun 2020 beliau awal nya memasarkan peniagaan nya menggunakan platform “facebook page”. Beliau masih lagi baru dalam platform tersebut.

  • Pada 2023 beliau mendaftar sebagai ahli PEDi Lingga dan mendapat tunjuk ajar dari petugas serta menghadiri kursus-kursus asas peniagaan seperti Asas Pembinaan Laman-Web, Kursus Pengendalian Makanan, Webinar Pembiayaan Perniagaan melalui penglibatan bersama PEDi.

  • Beliau berjaya mewujudkan platform website Zareena Azeez Catering yang kini boleh dicari pada “Google maps”.

  • Beliau mendapat tempahan yang lebih memberangsangkan berbanding sebelum ini.